Friday, July 4, 2008

Fotografi Digital Menggunakan Google Picasa

Picasa adalah perisian penyunting gambar digital yang boleh diperolehi secara percuma dari Google. Jika anda mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit, kamera digital kompak, atau kamera DSLR, perisian ini amat sesuai untuk anda.

Saya cuba bincangkan topik dalam buku ini dengan bahasa yang mudah agar boleh difahami oleh semua. Topik tentang fotografi digital, skrin Picasa, asas menyunting, memasukkan efek ada dibincangkan.






Tajuk buku: Fotografi Digital Menggunakan Google Picasa
ISBN: 978-967-5065-07-1
Harga: RM30
Buku ini boleh diperolehi dari kedai buku ternama di tempat anda. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkannya, sila dapatkan terus dari pengarang (iskandar.abdulrashid@gmail.com).



Sekiranya saudara/i minat fotografi, saya ada menulis buku fotografi. Tajuknya, Asas Fotografi Digital. ISBN: 978967506557-6. Harga senaskah RM32.50.



Thursday, July 3, 2008

Jalinkan Persahabatan Menggunakan Google Orkut

Orkut adalah perisian rangkaian sosial. Ia digunakan untuk mendapatkan kawan baru serta mengekalkan rakan. Dalam perisian ini anda boleh masukkan gambar serta maklumat aktiviti sosial yang anda lakukan. Dengan cara itu anda dapat berkongsi maklumat dengan rakan anda.

Ramai orang telah menyertai tapak ini. Bilangannya adalah yang kedua selepas MySpace. Kebanyakan ahli Orkut barasal dari India dan Brazil.

Buku ini menjelaskan cara untuk mendaftar dengan Orkut, memasukkan maklumat profil, mendapatkan kawan baru, serta aktiviti lain yang berkaitan.

Buku ini telah berada di pasaran. Dapatkannya sekarang.



Tajuk buku: Jalinkan Persahabatan Menggunakan Google Orkut
ISBN: 978-967-5065-37-8
Harga: RM30
Buku ini boleh didapati dari kedai buku di tempat anda. Atau hubungi pengarang (iskandar.abdulrashid@gmail.com) untuk pesanan.


Saudara Othman Sirat dari Ulu Tiram telah kembangkan rangkaiannya dengan mendaftar dengan Orkut. Beliau gunakan tapak ini sebagai tapak untuk menjual barangan yang dihasilkan oleh keluarga terutamanya kuih tiram. Beliau juga ada membuka kelas bagaimana untuk menfaat Google Orkut. Sekiranya saudara berada di kawasan berdekatan, sila hubungi beliau untuk mengetahui cara untuk memperkembangkan bisnes menggunakan Google Orkut. Nombor telefon beliau, +60197658574.

Tuesday, April 15, 2008

Membina Komuniti Atas-Talian Menggunakan Google Groups

Buku Membina Komuniti Atas-Talian Menggunakan Google Groups membincangkan cara untuk membina dan menguruskan komuniti atas-talian.



Buku ini telah siap ditulis dan telah pun diterbitkan. Ia kini berada dalam pasaran.








Tajuk buku: Membina Komuniti Atas-Talian Menggunakan Google Groups
ISBN: 978-967-5065-26-2
Harga: RM30
Buku ini boleh didapati dari kedai buku di tempat anda. Atau hubungi pengarang (iskandar.abdulrashid@gmail.com) untuk pesanan.

Berkongsi Klip Video Menggunakan YouTube

Ya, YouTube juga adalah tapak sesawang milik Google. Saya sendiri ada poskan video ke dalam YouTube.

Buku ini membincangkan tentang cara untuk mendaftar, melayari YouTube, membina Playlist, membangunkan video, pos video ke YouTube, dan bermacam-macam lagi.

Saya berharap untuk menghasilkan dua buah buku yang berkaitan dengan YouTube. Buku ini adalah buku pertama dan telah berada di pasaran.



Tajuk buku: Berkongsi Klip Video Menggunakan YouTube
ISBN: 978-967-5065-29-3
Harga: RM30
Buku ini boleh didapati dari kedai buku di tempat anda. Atau hubungi pengarang (iskandar.abdulrashid@gmail.com) untuk pesanan.

Monday, October 1, 2007

Membina Blog Pertama Menggunakan Google Blogger

Skrip untuk buku ini telah diserahkan kepada Venton Publishing pada 27 September 2007. Pada mulanya pengarang meletakkan tajuk buku ini sebagai Blog dengan Google Blogger. Tetapi oleh kerana difikirkan lebih elok diletakkan nama buku tersebut selari dengan buku Membina Laman Web Pertama menggunakan HTML, pengarang telah menukar nama kepada nama sekarang iaitu "Membina Blog Pertama Menggunakan Google Blogger".

Selain dari topik yang berkaitan dengan pembangunan blog, pengarang juga membincangkan serba sedikit tentang cara mempromosikan blog serta cara membuat duit dengan blog. Dapatkan buku ini dengan segera. Ia akan berada di pasaran selepas raya nanti.

Buku ini telah berada di pasaran.


Membina Blog Pertama Menggunakan Google Blogspot

Tajuk: Membina Blog Pertama Menggunakan Google Blogger
ISBN: 978967506502
Harga: RM30
Buku ini boleh didapati dari kedai buku di tempat anda. Atau hubungi pengarang (iskandar.abdulrashid@gmail.com) untuk pesanan.

Saturday, July 28, 2007

Telah Siap, Tingkatkan Produktiviti dengan Google

Buku ini membincangkan cara untuk tingkatkan produktiviti anda menggunakan perisian yang ditawarkan oleh Google. Sekiranya anda bekerja (atau belajar) sambil menggunakan komputer, dan komputer anda dilengkapi dengan Internet, amat sesuai anda gunakan Google untuk membuat kerja. Ini kerana ada banyak perisian yang ditawarkan oleh Google yang pasti dapat membantu anda.

Enjin gelintar Google dapat membantu anda membuat carian dengan pantas. Apa saja topik yang anda mahu pasti dapat dicari. Mungkin anda merungut, terlalu banuak maklumat yang disuap, anda jadi kebingungan bila ingin siapkan reasearch yang anda buat untuk kelas master. Anda tidak perlu gusar kerana Google dilengkapi dengan Notebook. Perisian ini ada dibincangkan dalam buku yang baru saya siapkan.

Ini zaman komunikasi dan teknologi maklumat. Mana ada kerja yang tidak menggunakan komunikasi pantas seperti e-mel dan sistem pesanan ringkas. Anda boleh gunakan perisian Gmail untuk mengirim e-mel serta fail kerja. Bukan itu saja, anda juga boleh menghantar pesanan segera menggunakan Google Talk. Semua ini ada dibincangkan.

Membina dokumen Word tanpa perisian Word. Bagaimana pula dengan dokumen PDF. Anda juga boleh membinanya secara kolaborasi. Yang bestnya, oleh kerana perisian Google Docs boleh dicapai dari mana sahaja selagi ada talian Internet. Jadi, jika anda berada di luar kawasan, anda masih boleh siapkan kerja, jika anda Kafe Siber berinternet.

Perlu gunakan hamparan kerja, anda boleh gunakan Google Spreadsheets.

Jadi, jangan lupa untuk dapatkan buku ini. Mungkin bulan depan (Ogos) sudah berada di pasaran kerana skrip buku ini telah selesai.

Buku ini telah berada di pasaran



Tajuk buku: Tingkatkan Produktiviti Dengan Google
ISBN: 9789675065378
Harga: RM30
Buku ini boleh didapati dari kedai buku di tempat anda. Atau hubungi pengarang (iskandar.abdulrashid@gmail.com) untuk pesanan.

Wednesday, July 25, 2007

Siri Baru, Siri Google Langkah Demi Langkah



Buku Siri Microsoft Office telah hampir selesai. Malam ini saya masih struggling dengan buku Microsoft Office Project 2007. Buku ini agak sukar ditulis kerana setiap langkah dalam Project perlu dikaitkan kengan konsep pengurusan projek. Tough, tapi kerja perlu disiapkan. Sambil anda semua enak dibuai mimpi, saya struggling.... meneroka minda mencari penyelesaian. Semoga buku ini dapat dimenafaatkan oleh semua.


Untuk siri baru saya memilih Google. Mengapa? Perisian yang ditawarkan oleh Google banyak membantu saya menjalankan kerja. Saya mahu anda juga mendapat menafaat dari Google. Yang paling best, Google adalah percuma.


Cadangan buku dalam siri ini:

Tingkatkan Produktiviti Dengan Google (telah diterbitkan), Blog Dengan Google (telah diterbitkan dengan nama Membina Blog Pertama Menggunakan Google Blogger), Fotografi Digital Dan Grafik Percuma Dengan Google Picasa (telah diterbitkan dengan nama Fotografi Digital Menggunakan Google Picasa), Buat Duit Cara Mudah Dengan Google, Membina Laman Web Dengan Google, Bina Komuniti Dengan Google (telah diterbitkan dengan nama Membina Komuniti Atas-Talian Menggunakan Google Groups), Pemproses Kata Dengan Google, Hamparan Kerja Dengan Google, Komunikasi Dengan Google, Membuat Kajian Dengan Google, Rangkaian Sosial Menggunakan Google Orkut, Melakar 3D Menggunakan Google Sketch3D.