Saturday, July 28, 2007

Telah Siap, Tingkatkan Produktiviti dengan Google

Buku ini membincangkan cara untuk tingkatkan produktiviti anda menggunakan perisian yang ditawarkan oleh Google. Sekiranya anda bekerja (atau belajar) sambil menggunakan komputer, dan komputer anda dilengkapi dengan Internet, amat sesuai anda gunakan Google untuk membuat kerja. Ini kerana ada banyak perisian yang ditawarkan oleh Google yang pasti dapat membantu anda.

Enjin gelintar Google dapat membantu anda membuat carian dengan pantas. Apa saja topik yang anda mahu pasti dapat dicari. Mungkin anda merungut, terlalu banuak maklumat yang disuap, anda jadi kebingungan bila ingin siapkan reasearch yang anda buat untuk kelas master. Anda tidak perlu gusar kerana Google dilengkapi dengan Notebook. Perisian ini ada dibincangkan dalam buku yang baru saya siapkan.

Ini zaman komunikasi dan teknologi maklumat. Mana ada kerja yang tidak menggunakan komunikasi pantas seperti e-mel dan sistem pesanan ringkas. Anda boleh gunakan perisian Gmail untuk mengirim e-mel serta fail kerja. Bukan itu saja, anda juga boleh menghantar pesanan segera menggunakan Google Talk. Semua ini ada dibincangkan.

Membina dokumen Word tanpa perisian Word. Bagaimana pula dengan dokumen PDF. Anda juga boleh membinanya secara kolaborasi. Yang bestnya, oleh kerana perisian Google Docs boleh dicapai dari mana sahaja selagi ada talian Internet. Jadi, jika anda berada di luar kawasan, anda masih boleh siapkan kerja, jika anda Kafe Siber berinternet.

Perlu gunakan hamparan kerja, anda boleh gunakan Google Spreadsheets.

Jadi, jangan lupa untuk dapatkan buku ini. Mungkin bulan depan (Ogos) sudah berada di pasaran kerana skrip buku ini telah selesai.

Buku ini telah berada di pasaran



Tajuk buku: Tingkatkan Produktiviti Dengan Google
ISBN: 9789675065378
Harga: RM30
Buku ini boleh didapati dari kedai buku di tempat anda. Atau hubungi pengarang (iskandar.abdulrashid@gmail.com) untuk pesanan.

No comments: