Wednesday, July 25, 2007

Siri Baru, Siri Google Langkah Demi Langkah



Buku Siri Microsoft Office telah hampir selesai. Malam ini saya masih struggling dengan buku Microsoft Office Project 2007. Buku ini agak sukar ditulis kerana setiap langkah dalam Project perlu dikaitkan kengan konsep pengurusan projek. Tough, tapi kerja perlu disiapkan. Sambil anda semua enak dibuai mimpi, saya struggling.... meneroka minda mencari penyelesaian. Semoga buku ini dapat dimenafaatkan oleh semua.


Untuk siri baru saya memilih Google. Mengapa? Perisian yang ditawarkan oleh Google banyak membantu saya menjalankan kerja. Saya mahu anda juga mendapat menafaat dari Google. Yang paling best, Google adalah percuma.


Cadangan buku dalam siri ini:

Tingkatkan Produktiviti Dengan Google (telah diterbitkan), Blog Dengan Google (telah diterbitkan dengan nama Membina Blog Pertama Menggunakan Google Blogger), Fotografi Digital Dan Grafik Percuma Dengan Google Picasa (telah diterbitkan dengan nama Fotografi Digital Menggunakan Google Picasa), Buat Duit Cara Mudah Dengan Google, Membina Laman Web Dengan Google, Bina Komuniti Dengan Google (telah diterbitkan dengan nama Membina Komuniti Atas-Talian Menggunakan Google Groups), Pemproses Kata Dengan Google, Hamparan Kerja Dengan Google, Komunikasi Dengan Google, Membuat Kajian Dengan Google, Rangkaian Sosial Menggunakan Google Orkut, Melakar 3D Menggunakan Google Sketch3D.

No comments: